KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUMAT
LIGA SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (LSKPM) TAHUN
2017
LATAR BELAKANG
Program Liga Sukan Kementerian
Pendidikan Malaysia (LSKPM) dianjurkan
oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). LSKPM merupakan satu
program pembangunan sukan yang terancang dan berfokus kepada pembangunan sukan
di Pusat Kecemerlangan Sukan seperti Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah
Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD).
LSKPM menyediakan satu bentuk pertandingan dalam tempoh masa
panjang bagi atlet murid untuk melibatkan diri dalam pertandingan di peringkat yang
lebih tinggi serta kompetatif. Selaras dengan itu, LSKPM ini akan dapat dijadikan sebagai salah
satu medan bagi penyediaan atlet untuk menyertai pasukan remaja kebangsaan yang
berkualiti tinggi serta mampu untuk memberi daya saing di peringkat
antarabangsa pada masa hadapan.
Melalui LSKPM setiap pasukan perlu menjalani latihan yang
sistematik dan berterusan sepanjang tahun. Setiap pasukan mempunyai
tanggungjawab untuk sentiasa memastikan peningkatan prestasi dalam setiap
perlawanan yang dilalui secara liga atau sirkit dan seterusnya berusaha keras untuk
menempatkan pasukan masing-masing di kedudukan terbaik selain dari dapat mencapai
matlamat muncul sebagai Juara dalam LSKPM.
MATLAMAT LSKPM
Matlamat LSKPM adalah untuk melahirkan atlet yang berotensi serta
berkemahiran tinggi dalam kalangan atlet murid di Pusat Kecemerlangan Sukan KPM
(SSM, SSN dan PLD) untuk mewakili negara pada masa akan datang dengan mempunyai
kemampuan untuk berdaya bersaing serta mampu mencapai kecemerlangan di
peringkat antarabangsa.
OBJEKTIF LSKPM
Objektif LSKPM adalah untuk:
a.
Menyediakan
peluang bertanding yang berstruktur dan terancang terutama bagi atlet murid di Pusat
Kecemerlangan Sukan (Sekolah);
b.
Meningkatkan
prestasi atlet murid dalam sukan berkaitan;
c.
Menggalak
dan meningkatkan kerjasama KPM dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang
berkaitan dan agensi luar melalui konsep `Corporate
Social Responsibility (CSR);
d.
Menonjolkan
peranan KPM dalam bidang ’Pembangunan Sukan’ negara terutama dalam pembangunan
sukan di peringkat akar umbi; dan
e.
Menggalak
serta meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan kepegawaian sukan
terutama dalam kalangan warga pendidik.
JENIS SUKAN LSKPM TAHUN 2017
Jenis sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
a.
Liga
Bola Sepak KPM (Bawah 14 Tahun dan Bawah
17 Tahun);
b.
Liga
Bola Jaring KPM (Bawah 16 Tahun);
c.
Liga
Balapan dan Padang KPM (Lelaki dan Perempuan Bawah 16 Tahun)
d.
Liga
Sepak Takraw KPM (Lelaki Bawah 16 Tahun)
KERJASAMA DAN SOKONGAN
a.
Program
Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN)
b.
Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM)
c.
Persatuan
Bola Jaring Malaysia (PBJM)
d.
Kesatuan
Olahraga Malaysia (KOM)
e.
Persatuan
Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Syarikat Mesuma Sdn. Bhd.
SENARAI PENYELARAS LSKPM 2017
BIL.
|
PROGRAM
|
PENYELARAS
|
SEKTOR
|
1
|
Liga Bola Sepak Piala
Menteri Pendidikan B14
Liga Bola Sepak Remaja
KPM-FAM B17
|
Encik Halim bin Saad
Encik Ronzi bin Zainal
|
Sektor Perancangan dan Penyelarasan, Bahagian Sukan KPM
|
2
|
Liga Bola Jaring KPM B16
|
Cik Siti Nattizah binti
Sheikh Ilman
|
Sektor Perancangan dan Penyelarasan, Bahagian Sukan KPM
|
3
|
Liga Balapan dan Padang
KPM B16
|
Encik
Tajudin bin Abdullah
|
Sektor
Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan KPM
|
4
|
Liga Sepak Takraw KPM B16
|
Encik
Hezreen bin Sinin
|
Sektor
Pendidikan Sukan, Bahagian Sukan KPM
|
TAKWIM LSKPM 2017
NAMA PROGRAM
|
SIRKIT 1
|
SIRKIT 2
|
SIRKIT 3
|
Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan B14
Liga Bola Sepak Remaja KPM-FAM B17
|
April - Oktober 2017
|
||
Liga Bola
Jaring KPM B16
|
Tarikh:
19 - 21
Mei 2017
Venue:
SSN
Melaka
|
Tarikh:
17 – 19
Ogos 2017
Venue:
SSN
Kelantan
|
Tarikh:
28 Sept – 1 Okt 2017
Venue:
SSTMI
|
Liga Balapan dan
Padang KPM B16
|
|||
Liga Sepak Takraw KPM B16
|
Tarikh:
12-14
Mei 2017
Venue:
SSN
Pulau Pinang
|
PENGLIBATAN MURID DAN
GURU/PEGAWAI LSKPM 2017
Bilangan penglibatan murid, guru/pegawai dan keperluan
kenderaan pengangkutan dalam LSKPM bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:
BIL
|
NAMA PROGRAM
|
JUMLAH PASUKAN
|
JUMLAH
MURID
|
JUMLAH GURU
|
JUMLAH
|
1
|
Liga Bola Sepak Piala Menteri Pendidikan
(B14)
|
21
|
630
|
120
|
1296
|
2
|
Liga Bola Sepak Piala Remaja KPM-FAM (B17)
|
18
|
540
|
||
3
|
Liga Bola Jaring KPM (B16)
|
18
|
270
|
72
|
342
|
4
|
Liga Balapan dan Padang KPM (B16)
|
20
|
280
|
100
|
380
|
5
|
Liga Sepak Takraw KPM (B16)
|
16
|
128
|
32
|
160
|
Jumlah
Keseluruhan:
|
1848
|
324
|
2178
|
BILANGAN DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI DALAM PASUKAN LSKPM 2017
BIL
|
NAMA PROGRAM
|
ATLET MURID
|
GURU/PEGAWAI
|
JUMLAH
|
1
|
Liga Bola Sepak
Piala Menteri Pendidikan (B14)
|
30
|
1 Pengurus Pasukan
1 Jurulatih (B17)
1 Pen. Jurulatih (B17)
1 Jurulatih B14
1 Pen. Jurulatih (B14)
1 Fisioterapi
|
66
|
2
|
Liga Bola Sepak Piala Remaja KPM-FAM
(B17)
|
30
|
||
3
|
Liga Bola Jaring KPM (B16)
|
15
|
2 Jurulatih
2 Pengadil / Teknikal
|
19
|
4
|
Liga Balapan dan Padang KPM (B16)
|
14
|
1 Jurulatih Lelaki
1 Jurulatih Perempuan
2 Pegawai Teknika
|
19
|
5
|
Liga Sepak
Takraw KPM (B16)
|
8
|
1 Jurulatih
1 Pengadil
|
10
|
SENARAI SEKOLAH LIGA SUKAN KPM
2017
BIL.
|
NAMA
SEKOLAH
|
NEGERI
|
STATUS
|
BOLA
SEPAK
|
BOLA
JARING
|
BALAPAN
& PADANG
|
SEPAK
TAKRAW
|
JUM
|
1
|
SSBJ
|
SSM
|
SSM
|
-
|
1
|
1
|
-
|
2
|
2
|
SSTMI
|
SSM
|
SSM
|
-
|
1
|
1
|
1
|
3
|
3
|
SSM PAHANG
|
SSM
|
SSM
|
4
|
-
|
1
|
-
|
5
|
4
|
SSM SABAH
|
SSM
|
SSM
|
-
|
-
|
1
|
-
|
1
|
5
|
SSM TERENGGANU
|
SSM
|
SSM
|
-
|
-
|
1
|
1
|
2
|
5
|
SMK SYED HASSAN
|
PER
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
6
|
SMK TUNKU ANUM
|
KDH
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
7
|
SMK MUTIARA IMPIAN
|
PP
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
8
|
SMK GUNUNG RAPAT
|
PRK
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
9
|
SMK SEKSYEN 11
|
SEL
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
10
|
SMK SERI TITIWANGSA
|
KL
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
11
|
SMK ZA’BA
|
NS
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
12
|
SMK SERI KOTA
|
MEL
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
13
|
SMK TUN HUSSEIN ONN
|
JOH
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
14
|
SMK SEBERANG TEMERLOH
|
PAH
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
15
|
SMK BUKIT NENAS
|
TER
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
16
|
SMK PUTERA
|
KEL
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
17
|
SMK DATUK PETER MOJUNTIN
|
SAB
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
18
|
SMK TABUAN JAYA
|
SAR
|
SSN
|
2
|
1
|
1
|
1
|
5
|
19
|
SMK MUTIARA
|
LBN
|
SSN
|
-
|
1
|
1
|
-
|
2
|
20
|
MSS PUTRAJAYA
|
WP PJ
|
MSS
|
2
|
1
|
1
|
-
|
4
|
21
|
SMK KEM TERENDAK
|
MEL
|
AKADEMI ATM
|
2
|
-
|
-
|
-
|
2
|
22
|
SMK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)
|
WP PJ
|
AKADEMI FELDA
|
2
|
-
|
-
|
-
|
2
|
23
|
SMK BUKIT INDAH
|
JOH
|
AKADEMI JDT
|
2
|
-
|
-
|
-
|
2
|
JUMLAH:
|
40
|
18
|
21
|
16
|
95
|
PENUTUP
Kejayaan pelaksanaan LSKPM ini memerlukan kerjasama serta sokongan padu
daripada semua pihak yang terlibat sama ada di peringkat KPM, JPN, SSM, SSN,
PLD mahupun pihak MSN, PSK serta rakan penaja. Diharapkan semua pihak dan
pasukan yang terlibat dapat membuat persediaan rapi dari peringkat awal bagi
menjamin aspek pengurusan dan penyediaan pasukan yang lebih berkualiti bagi
menghadapi cabaran Liga Sukan KPM bagi Tahun 2017.
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Putrajaya
No comments:
Post a Comment