PERATURAN PERTANDINGAN



PERATURAN PERTANDINGAN
LIGA SEPAK TAKRAW 1M1S
KPM BAWAH 16 TAHUN

1.         NAMA PERTANDINGAN                                            
1.1  Pertandingan sepaktakraw antara REGU ini akan dikenali sebagai
                        LIGA SEPAK TAKRAW 1M1S KPM
                        BAWAH 16 TAHUN.

2.         UNDANG – UNDANG PERMAINAN
2.1       Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang  ISTAF ( Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa ), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan peraturan Am Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikuatkuasakan pada masa ini.
2.2      Perkara-Perkara Batal
2.2.1   Pihak Sepak Mula
2.2.1.1 Apit yang membuat campakan, memain-mainkan bola (menghempas,  mencampak dan lain - lain cara) selepas pengadil mengumumkan mata.
2.2.1.2  Mana - mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan, garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
2.2.1.3  Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
2.2.1.4   Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak
kepadanya.
2.2.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
2.2.1.6   Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
2.2.1.7   Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
2.2.1.8  Pemain menggunakan tangan atau lain - lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
2.2.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.
2.3      Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
2.3.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.
2.4      Kedua-dua Pihak Semasa Permainan
2.4.1  Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan.
2.4.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa 'follow-through'.
2.4.3  Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
2.4.4  Bola menyentuh tangan.
2.4.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau badan.
2.4.6   Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
2.4.7   Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
2.4.8 Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.
2.5      Rehat (Time-Out)
2.5.1   Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat (time out) sekali untuk setiap set. Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan. Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat. Tidak ada lagi rehat yang diberi secara automatik.
2.5.2   5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.
2.6      Pakaian
2.6.1  Semua pasukan mesti memakai jersi yang disediakan oleh pihak penaja sepanjang liga dijalankan.
2.6.2   Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan belakang (19 cm)
2.6.3   Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
2.6.4  Hanya jersi bernombor 1 hingga 8 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.
            2.7      Bola / alatan
10.1 Bola yang digunakan ialah : MARATHON (MT 908/909)
2.8      Spesifikasi Gelanggang
            2.8.1  Gelanggang
2.8.1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari     
 sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan    
 lantai gelanggang. Lebar semua garisan gelanggang tidak    
 melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran
 gelanggang.
                        2.8.2  Garisan Tengah
2.8.2.1  Garisan tengah selebar 0.02 m membahagikan gelanggang
              kepada dua bahagian yang sama besar.
2.8.3  Garisan Suku Bulatan
2.8.3.1  Garisan Suku Bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke   
             garisan tengah berukuran jejari 0.9 m.

2.8.4 Bulatan Sepak Mula
2.8.4.1 Bulatan Sepak Mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan di         
            tengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, di mana             
            hendaklah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang dan    
            3.05 m dari garisan tepi gelanggang. Garisan 0.04 m lebar
            ini hendaklah diukur dan digaris menghala keluar dan
            jejarinya 0.3 m.
2.8.5  Kawasan Bebas
2.8.5.1 Gelanggang hendaklah bebas daripada halangan sejauh
            3.0 m daripada tepi garisan.
            2.8.6 Tiang
2.8.6.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk  Bawah  11   
            Tahun) diukur dari permukaan gelanggang dan ianya
            hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya
            tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang-tiang hendaklah
            didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan    
            garisan tengah gelanggang.
2.8.7 Jaring
2.8.7.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan
            siratnya berukuran diantara 0.06 m hingga 0.08 m.
2.8.7.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang
            daripada 6.10 m dan selari dengan garisan tengah
            gelanggang.
2.8.7.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai
            sempadan dari atas ke bawah dan kedudukannya sebaris
            menegak dengan garisan tepi.
2.8.7.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan
            pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita
           berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras
           tiang.
2.8.7.5 Ketinggian jaring di bahagian tengah adalah 1.52 m untuk
            Lelaki ( Bawah 14 dan 16 tahun )  dan 1.42 m untuk bawah
           11 tahun manakala di bahagian tiang adalah 1.55 m ( Bawah
           14 dan 16 tahun )   untuk lelaki dan 1.45 m untuk bawah 11
            tahun.
2.9      Menarik diri / menyerah kalah
2.9.1  Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini.
2.9.2 Sekiranya ada regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib Liga Sepaktakraw 1M1S B16 Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas regu berkenaan.
2.10    Bantahan / Rayuan
2.10.1   Jawatankuasa Pengelola hendaklah membentuk satu badan Jemaah Bantahan dan Juri Rayuan ( jika berlaku bantahan ) yang mengandungi LIMA orang anggota yang terdiri daripada : -
 I)        Pengerusi     -           Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
 II)       Setiausaha   -           Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
 III)       Ahli-ahli       -           Tiga orang ahli yang tidak berpihak mana- mana pasukan ( berkecuali ) :-
                                                          a)        pengurus pasukan
                                                          b)        Jurulatih
2.10.2  Semua bantahan atau rayuan hendaklah dibuat dan dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam ( 60 minit ) selepas perlawanan itu tamat.
2.10.2  Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
2.10.3  Setiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150 ( SATU RATUS LIMA PULUH RINGGIT MALAYSIA ).
2.10.4  Wang bantahan ini akan lupus jika bantahan ini didapati tidak wajar dan tidak berasas.
2.10.5   Keputusan Juri Rayuan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan  akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
2.10.6  Sebarang keputusan yang diambil oleh Jemaah Juri Rayuan /  Bantahan tidak boleh dibawa kemana-mana Mahkamah.
2.11    Jawatankuasa Tatatertib
2.11.1 Jawatankuasa Pengelola adalah dikehendaki membentuk satu Jawatankuasa Tatatertib bagi sesuatu pertandingan.
2.11.2 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang seberapa segera yang boleh setelah menerima laporan daripada pengadil atau pegawai pertandingan untuk disampaikan dan membuat keputusan.

2.12    Jemaah Juri Rayuan
2.12.1 Jemaah Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan / rayuan yang telah dibuat oleh pasukan dan akan menyampaikan keputusannya kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.

3.         JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan ini mengandungi pertandingan antara regu sahaja yang melibatkan kategori umur bawah 16 tahun sahaja.

4.         PENYERTAAN

4.1      Semua Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) diwajibkan menghantar pasukan ke kejohanan ini.

5.         PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

5.1       Setiap Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hanya dibenarkan menghantar satu (1 ) regu  sahaja. 
5.2       Setiap Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM)  dibenarkan mendaftarkan seramai lapan (8) orang pemain dalam kejohanan ini. Setiap sirkit akan di wakili oleh empat (5) pemain.
5.3       Setiap Sekolah Sukan Negeri (SSN) / Sekolah Sukan Malaysia (SSM) hendaklah mendaftarkan terdiri  daripada:-


Pengurus/Jurulatih Pasukan           1 orang
Pemain                                            8 orang ( Bawa 5 setiap sirkit )
Pengadil                                          1 orang
_______
10 orang
=======
5.4       Setiap pemain WAJIB membawa kad pengenalan asal semasa kejohanan di setiap sirkit dijalankan.
5.5       Pemeriksaan kad pengenalan asal akan dibuat semasa pendaftaran pemain sebelum pertandingan bermula oleh Pengadil Rasmi Kejohanan.
5.6       Pertukaran hanya  berdasarkan sebab-sebab berikut:
5.6.1    Kecederaan – Disahkan oleh doktor.
5.6.2   Berpindah/berhenti/tindakan disiplin oleh sekolah – Disahkan 
oleh  Pengetua.
5.7       Pemain yang telah didaftarkan dan telah bermain di Sirkit 1 tidak dibenarkan mewakili pasukan lain sepanjang musim tahun semasa.


6.         HAD UMUR

6.1       Semua pemain mestilah berumur bawah 16 tahun  pada 1 Januari tahun semasa.

7.         SISTEM PERTANDINGAN

7.1       Pertandingan  Liga Sepaktakraw KPM – Marathon – MESUMA ini akan dijalankan dalam lima ( 3 ) sirkit.
7.2       Semua pertandingan ini  akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih .
7.3       Pertandingan ini akan dijalankan secara Liga.

8.         MENENTUKAN KEPUTUSAN

8.1       Regu yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang pertama, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan dikira sebagai pemenang kedua.
8.2       Regu yang menang akan mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.
8.3       Sekiranya setelah selesai semua perlawanan, jika terdapat mata yang diperolehi sama oleh 2 regu atau lebih maka kedudukannya akan ditentukan mengikut tertib berikut :-
8.3.1   Kiraan perbezaan pusingan (Difference) daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi oleh berkenaan.
8.3.2   Kiraan perbezaan angka – angka mata daripada jumlah yang diperolehi oleh regu berkenaan.
8.4       Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku maka kaedah berikut akan dilakukan.
8.4.1   Jika 2 regu sahaja terlibat maka regu yang telah mengalahkan lawannya dikira menang.
8.4.2   Jika 2 atau lebih regu terlibat maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja.
8.5       Setiap regu hendaklah bersanggupan bertanding lebih dari satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.
8.6       Mata akan diberikan kepada semua regu bagi setiap sirkit mengikut tahap pencapaian.
8.7       Johan, Naib johan, ketiga dan seterusnya hanya dapat ditentukan pada sirkit akhir setelah jumlah mata terkumpul dikira.

9.         SISTEM KIRAAN MATA

9.1       Sistem kiraan mata dua puluh satu (21) akan diguna pakai dalam kejohanan ini.
9.2       Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata dua puluh satu (21) dengan kelebihan minimum dua (2) mata. Bila terikat mata 20-20, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata dua puluh lima (25) (yang mana dahulu).
Apabila regu terikat mata 20-20, maka pengadil akan membuat pengumuman 'lanjutan mata 25'.
9.3       Setiap perlawanan dijalankan dalam 3 set (best of 3-set) dua minit rehat antaranya dan regu yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
9.4       Dalam set ketiga, tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 11.

10.      PEGAWAI PERTANDINGAN DAN PEMBANTU TEKNIKAL

10.1    Semua pasukan dikehendaki membawa seorang (1) Pengadil yang bertauliah (KEBANGSAAN) dan bergilir-gilir bagi setiap sirkit.
10.2    Semua Penjaga Garisan yang akan bertugas mestilah daripada murid yang dilantik oleh JPN pengelola selaku tuan rumah.
10.3    Pegawai Teknikal dan Pembantu Teknikal yang akan bertugas akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.4    Segala keputusan yang telah dibuat oleh Pengadil berkaitan Undang-Undang Permainan adalah muktamad.

11.      JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

11.1    Jadual dan takwim pertandingan tahun semasa disediakan Jawatankuasa Pengelola.
11.2    Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

12.      MEMULAKAN PERTANDINGAN / PERLAWANAN

12.1    Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
12.2    Regu yang memenagi undian akan memulakan ’Warm-up” selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
12.3    Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung Jaring), seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil. Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan di luar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula (servis) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius (bila kedua-dua regu pada mata 20-20) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
12.4    Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
12.5    Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.
12.6    Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh ke dalam gelanggang pasukan lawan.

13.      PENGGANTIAN / PERTUKARAN PEMAIN

13.1    Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
13.2    Pengurus/jurulatih hanya perlu menyerahkan kad Gantian pemain kepada pengadil untuk melakukan pertukaran pemain.  2 keping Kad Gantian  akan dibekalkan kepada setiap pengurus/jurulatih bagi setiap set semasa pertandingan.
13.2    Setiap regu boleh menamakan 2 orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama. Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
13.3    Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
13.4    Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
13.5    Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

14.      HADIAH (di sediakan oleh Syarikat Mesuma Sdn Bhd)

14.1    Hadiah-hadiah akan disediakan oleh pihak pengelola bagi tempat Pertama hingga keempat.
 14.2   Hadiah-hadiah berupa wang tunai adalah seperti berikut:-

PERTAMA
KEDUA
KETIGA
KEEMPAT
RM500.00
RM300.00
RM200.00
RM200.00

14.3    Hadiah individu akan disediakan bagi Tekong, Apit Kanan dan Apit Kiri terbaik Liga.

15.      PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan peraturan-peraturan ini atau semua perkara –perkara perbezaan tafsiran akan diputuskan JKP yang mana keputusannya adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 1M1S B16 KPM 2017

TEMPAT : SSTMI, JOHOR TARIKH : 09-11 NOVEMBER 2017 JOHAN - PULAU PINANG NAIB JOHAN - SSTMI   KETIGA - PERAK KE...